Monday, October 06, 2008



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Kali ini bukan entry hari raya. Masih lagi kisah ziarah umrah yg belum habis cerita.


Masjid An-Nabawi di Madinah pada waktu malam. Cuaca adalah kombinasi panas, kering tetapi berangin. Berangin tu membawa angin panas. Madinah lebih panas dari Makkah sbb faktor geografi yg jauh dari laut. Oleh sebab itu setiap kali nak p masjid, mesti nak pakai spek hitam dan tutup hidung dan mulut. Masa ini baru tau kenapa derang pakai purdah kat sini :-) Sungguh selesa kalau dapat tutup muka. Undang2 di Masjid An-Nabawi sangat ketat. Tiap2 kali nak masuk masjid mesti kena periksa dgn polis wanita disetiap pintu. Kamera dan handphone tidak dibenarkan sama sekali. Sayang sekali tak dpt nak record laungan azan yg sangattttt merdu di masjid ini.
Masjid An-Nabawi ini adalah masjid nabi di mana makam Nabi Muhammad SAW berada di dalamnya. Begitu juga dgn Raudhah iaitu taman syurga. Bagi kaum wanita, agak sukar hendak memasuki kawasan makam nabi dan raudhah kerana hanya boleh masuk pada waktu tertentu sahaja dan terpaksa berebut2 dgn jemaah wanita lain dari seluruh dunia yg majoritinya berbadan besar. Alhamdulillah, dgn izin dan pertolongan Allah SWT dapat juga merasa solat sunat dan hajat di saf hadapan di dalam raudhah. Pahala solat di dlm masjid ini adalah 1000x ganda drp masjid biasa. Seronokkan!!!





Kelab bunga pepel. Mak paksa pakai bunga ini dibelakang kepala agar mudah nak cari dicelah ramai manusia. Ramai pulak suka usik-usik bunga ni...ish ish ish!!!
Ini pula Masjid Quba'. Masjid yg dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW di mana baginda sering bersolat di dalamnya.



Ini pula bersiap2 menuju ke Makkah setelah selesai solat Jumaat. 1st time seumur hidup merasa solat Jumaat selain daripada solat jenazah hampir setiap kali dilakukan selepas solat wajib di masjid.