Monday, September 15, 2008



Tentang foods pulak yer. Makanan yg hotel sediakan mmg OK sebab dedicated untuk jemaah Malaysia, so masakan pun ala-ala melayu indon lah. Makanan luar memang banyak seperti roti, kebab, nasi beriani gam dan sebagainya. Tetapi selera selalu terbantut sebab masin. Diorang ni kuat masin kot especially kat Jordan. Jom tengok gambar kat bawah ni

Ini breakfast kat Jordan. Nampak macam2 sedap tapi bila masuk mulut je..perghhh punya la masin. Agaknya derang pakai garam dari laut mati tu kot. Akhirnya makan telur rebus dan roti sahaja


Ini pulak kebab beli kat Madinah. Vege banyak. Cik kak Fatin tu yg nak makan kebab sangat. Tak serupa langsung dengan kebab kat pasar malam malaysia ni. Mayonis n sos cili pun tak ada.
Potong stim betul tawww!!!



Nampak sedap kan nasik ni. Ini makan kat Restoran Yaman on the way nak ke Madinah n Makkah. Nasi dan lauk bubuh dalam dulang dan makan ramai2. Lauk ayam dan ikan goreng dan cili besar. Ada berani ka nak gigit itu cili? Sedap..tapi kalau ada dalca ke..kari ke..lagi siokkk.

Ini plak mcm capati tampal telur. Beli masa lepas habis saei. Ye la kan..nafsu nak makan melonjak2 sebab penat. Macam biasa la..masin jugak ada!!!

Ini pulak masa bukak puasa dalam flight Thai Airways. Siap ada label halal. Menunya ialah kari kambing, udang stim dgn asparagus, sayur, roti dan puding.