Friday, September 12, 2008

Assalamualaikum!!
Jom cerita-ceriti sikit pasal ziarah umrah buat pertama kali ini.
Menggunakan khidmat Andalusia di Taman Maluri. Service bagus. Ustaz Kamaruddin bawa buat umrah setiap hari semasa di Makkah termasuklah buat Qiamullail di depan kaabah. Perjalanan bermula di KLIA-Transit Bangkok-Jordan-Jeddah. Dari Jeddah terus ke Madinah naik bas lebih kurang 5 jam. Jauh jugak dari Jeddah tu..lebih 400km. Paling tak suka masa kena lalu immigration kat Bangkok. Habis selongkar isi beg. Nasib tak baik agaknya kena dgn 1-2 petugas yg agak biadap juga. Membebel dalam bahasa ibunda mereka. Kalu berani kan..cuba speak in English la kan, barulah boleh balas balik. Masa tu dah cakap dgn my sister, jgn harap lepas ni nak p Bangkok. He he he..sabar sabar..p umrah kena sabar banyak2. Kalau bandingkan dgn immigration kat KLIA, punya la baik org Malaysia ni.
JORDAN. Kenapa p Jordan ye? Owhh sebab mmg ambik pakej melawat Jordan. Saja je la jalan-jalan ambik kesempatan. Flight ke Jordan tu sangatlah lama lebih kurang 9 jam rasanya. Hujan lebat..turbulance. Tapi sbb dah ngantuk...bantai tido je larrr.
Kali ni nak tunjuk kisah buah-buahan yg menarik yg dijumpai sepanjang perjalanan ziarah.

Semasa di Madinah, kami dibawa ke ladang kurma. Kebetulan sebelum puasa tu mmg musim kurma masak. Boleh makan kurma free masa dalam kedai ni. Sedap kurma. Tak percaya..cuba tengok gambar kat bawah ni.

Ini pokok kurma ye. Bukannya kelapa sawit. Ini lah buah kurma yg dah masak dan siap sedia untuk di makan. Best kan!!
Ini pulak buah kurma muda. Rasanya kelat.

Semasa di Jordan, berpeluang makan buah TIN. Kat bawah ni ada gambarnya. My sister, Fatin Adawiah tgh posing dgn buah TIN

Nak tgk lagi clear...

Inilah rupa buah TIN bahagian dalam. Ngeri gak bila tgk lama2. Ala-ala rupa alien pun ada. Rasa buah ini sangatlah sedap dan manis.

Ini pulak buah Zaitun masih muda belia. Jordan banyak buah zaitun. Tapi sayangnya belum musim buahnya masak.