Showing posts with label Makkah Al Mukarramah. Show all posts
Showing posts with label Makkah Al Mukarramah. Show all posts

Monday, October 06, 2008



Selain daripada Masjidil Haram, kami dibawa melawat di sekitar bandar Makkah termasuklah tanah halal. Dapatlah tengok Padang Arafah, Mina, Jabal Rahmah, Jabal Thur dan termasuklah pergi ke ladang unta.


Perkhemahan di Mina. Semoga dapatlah tunaikan haji dalam masa terdekat ini. Amin!!!





Selain daripada khemah, kerajaan Arab Saudi dah mula membina apartment bagi menggantikan khemah2 di Mina. Mesti lagi selesa kan :-)


Jabal Thur



Inilah tempat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri daripada kaum Quraisy yg hendak membunuh mereka. Di pintu gua inilah burung merpati membuat sarang dan bertelur dan labah2 membuat sarang bagi mengaburi mata kaum Quraisy tersebut.





Ini pulak Jabal Rahmah. Tempat pertemuan semula Adam dan Hawa di dunia setelah dikeluarkan dari syurga. Kat sini katanya sangat mustajab doa untuk mendapatkan jodoh. Heh heh heh. Mesti doa kat sini...moga jodoh berkekalan hingga ke syurga.







Ini pulak ladang unta. Dapat la minum susu unta fresh dari ladang kat sini. Rasa sedap mcm susu kotak tu je. 1 botol 5 rial. Ada bawak balik juga..duk simpan sejuk beku lagi. Comel betul unta ni. Ada sekor tu tgn pegnant. Takut nak pegang..kih kih kih







Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Kali ini bukan entry hari raya. Masih lagi kisah ziarah umrah yg belum habis cerita.


Masjid An-Nabawi di Madinah pada waktu malam. Cuaca adalah kombinasi panas, kering tetapi berangin. Berangin tu membawa angin panas. Madinah lebih panas dari Makkah sbb faktor geografi yg jauh dari laut. Oleh sebab itu setiap kali nak p masjid, mesti nak pakai spek hitam dan tutup hidung dan mulut. Masa ini baru tau kenapa derang pakai purdah kat sini :-) Sungguh selesa kalau dapat tutup muka. Undang2 di Masjid An-Nabawi sangat ketat. Tiap2 kali nak masuk masjid mesti kena periksa dgn polis wanita disetiap pintu. Kamera dan handphone tidak dibenarkan sama sekali. Sayang sekali tak dpt nak record laungan azan yg sangattttt merdu di masjid ini.
Masjid An-Nabawi ini adalah masjid nabi di mana makam Nabi Muhammad SAW berada di dalamnya. Begitu juga dgn Raudhah iaitu taman syurga. Bagi kaum wanita, agak sukar hendak memasuki kawasan makam nabi dan raudhah kerana hanya boleh masuk pada waktu tertentu sahaja dan terpaksa berebut2 dgn jemaah wanita lain dari seluruh dunia yg majoritinya berbadan besar. Alhamdulillah, dgn izin dan pertolongan Allah SWT dapat juga merasa solat sunat dan hajat di saf hadapan di dalam raudhah. Pahala solat di dlm masjid ini adalah 1000x ganda drp masjid biasa. Seronokkan!!!





Kelab bunga pepel. Mak paksa pakai bunga ini dibelakang kepala agar mudah nak cari dicelah ramai manusia. Ramai pulak suka usik-usik bunga ni...ish ish ish!!!
Ini pula Masjid Quba'. Masjid yg dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW di mana baginda sering bersolat di dalamnya.



Ini pula bersiap2 menuju ke Makkah setelah selesai solat Jumaat. 1st time seumur hidup merasa solat Jumaat selain daripada solat jenazah hampir setiap kali dilakukan selepas solat wajib di masjid.

Monday, September 15, 2008



Tentang foods pulak yer. Makanan yg hotel sediakan mmg OK sebab dedicated untuk jemaah Malaysia, so masakan pun ala-ala melayu indon lah. Makanan luar memang banyak seperti roti, kebab, nasi beriani gam dan sebagainya. Tetapi selera selalu terbantut sebab masin. Diorang ni kuat masin kot especially kat Jordan. Jom tengok gambar kat bawah ni

Ini breakfast kat Jordan. Nampak macam2 sedap tapi bila masuk mulut je..perghhh punya la masin. Agaknya derang pakai garam dari laut mati tu kot. Akhirnya makan telur rebus dan roti sahaja


Ini pulak kebab beli kat Madinah. Vege banyak. Cik kak Fatin tu yg nak makan kebab sangat. Tak serupa langsung dengan kebab kat pasar malam malaysia ni. Mayonis n sos cili pun tak ada.
Potong stim betul tawww!!!



Nampak sedap kan nasik ni. Ini makan kat Restoran Yaman on the way nak ke Madinah n Makkah. Nasi dan lauk bubuh dalam dulang dan makan ramai2. Lauk ayam dan ikan goreng dan cili besar. Ada berani ka nak gigit itu cili? Sedap..tapi kalau ada dalca ke..kari ke..lagi siokkk.

Ini plak mcm capati tampal telur. Beli masa lepas habis saei. Ye la kan..nafsu nak makan melonjak2 sebab penat. Macam biasa la..masin jugak ada!!!

Ini pulak masa bukak puasa dalam flight Thai Airways. Siap ada label halal. Menunya ialah kari kambing, udang stim dgn asparagus, sayur, roti dan puding.



Friday, September 12, 2008

Assalamualaikum!!
Jom cerita-ceriti sikit pasal ziarah umrah buat pertama kali ini.
Menggunakan khidmat Andalusia di Taman Maluri. Service bagus. Ustaz Kamaruddin bawa buat umrah setiap hari semasa di Makkah termasuklah buat Qiamullail di depan kaabah. Perjalanan bermula di KLIA-Transit Bangkok-Jordan-Jeddah. Dari Jeddah terus ke Madinah naik bas lebih kurang 5 jam. Jauh jugak dari Jeddah tu..lebih 400km. Paling tak suka masa kena lalu immigration kat Bangkok. Habis selongkar isi beg. Nasib tak baik agaknya kena dgn 1-2 petugas yg agak biadap juga. Membebel dalam bahasa ibunda mereka. Kalu berani kan..cuba speak in English la kan, barulah boleh balas balik. Masa tu dah cakap dgn my sister, jgn harap lepas ni nak p Bangkok. He he he..sabar sabar..p umrah kena sabar banyak2. Kalau bandingkan dgn immigration kat KLIA, punya la baik org Malaysia ni.
JORDAN. Kenapa p Jordan ye? Owhh sebab mmg ambik pakej melawat Jordan. Saja je la jalan-jalan ambik kesempatan. Flight ke Jordan tu sangatlah lama lebih kurang 9 jam rasanya. Hujan lebat..turbulance. Tapi sbb dah ngantuk...bantai tido je larrr.
Kali ni nak tunjuk kisah buah-buahan yg menarik yg dijumpai sepanjang perjalanan ziarah.

Semasa di Madinah, kami dibawa ke ladang kurma. Kebetulan sebelum puasa tu mmg musim kurma masak. Boleh makan kurma free masa dalam kedai ni. Sedap kurma. Tak percaya..cuba tengok gambar kat bawah ni.

Ini pokok kurma ye. Bukannya kelapa sawit. Ini lah buah kurma yg dah masak dan siap sedia untuk di makan. Best kan!!
Ini pulak buah kurma muda. Rasanya kelat.

Semasa di Jordan, berpeluang makan buah TIN. Kat bawah ni ada gambarnya. My sister, Fatin Adawiah tgh posing dgn buah TIN

Nak tgk lagi clear...

Inilah rupa buah TIN bahagian dalam. Ngeri gak bila tgk lama2. Ala-ala rupa alien pun ada. Rasa buah ini sangatlah sedap dan manis.

Ini pulak buah Zaitun masih muda belia. Jordan banyak buah zaitun. Tapi sayangnya belum musim buahnya masak.


Friday, September 05, 2008

Makkah Al Mukarramah

22-8-2008 to 31-8-2008
Alhamdulillah. Sekadar nak berkongsi kegembiraan berziarah ke tanah suci Makkah. Moga-moga dapat mengubat kerinduan untuk mereka yg ingin ke sana.
Note: Photo menggunakan kamera handphone sahaja. Tak berani bawa masuk kamera sbb kadang2 polis check beg. Gambar2 lain akan diupload later yer. Tayang the most important photo dulu.


Pintu 1 Masjidil Haram
Pintu yang sentiasa saya gunakan untuk masuk ke masjid

Kaabah
Pengalaman yg indah apabila pada 1 hari hujan turun sebaik mengangkat takbir solat maghrib dah berhenti sesudah memberi salam.